Followers

CootLicious

07 February 2011

budak KL kena baca nih ~

aku asal dari Felda Trolak and now stay kat s.alam, orang dulu cakap study tu mengaji so aku kat s.alam ni coz mengaji laa ~ hmm, selama aku stay kat sini biasa la dapat belajar pasal culture, environment, people, languange,foods and macam-macam lagi la.. so bagi aku semaju mana sesuatu tempat tu, kampung masih di hati =D

special kat kampung yang xde ditempat-tempat lain

1) susah nak carik petrol pump - so lebih u alls naek beskal, boleh kurangkan lomak-lomak di badan, save duit minyak

2) takde giant, tesco, shopping mall - kalau nak cari ikan tahan bubu, menjala, or mancing jekk, sayur mayur tanam tepi rumah, atee petikk jelaa kannzzz ~yang ada pun kedai ah seng jee

3) kedai mamak, kedai makan pun susah beno nak jumpe - keboleharapan untuk husband u alls cari madu agak sukar laa kerana husband korang lepas kerja terus balik ke rumah & makan bersama family ~ kan bagus camtuh !

4) susah nak putus bekalan air - kalau la putus bekalan air tu terjun jee kat parit or sungai ~ jimat bill api air, ye dokk ??

5) environment yang tenang - hmm, memang tak tau nak cakap cmner, mmg bess !



6) xkan keluar lebih pukul 7 malam - bese la kat kampung mana ada orang keluar malam ecspecially anak dara, kalau all nak try boleh jee, tapi nanti u alls jumpa tok imam yg otw nak ke msjid and paling bess lagi jumpa ehem2 ~ so pukul 7 dah sunyi sepi kawasan kat kg

7) permainan tradisional - pernah ke u alls tengok budak2 kg maen psp, counter strike, ps3 blaa blaa blaa, xkan, yang u alls nampak budak2 main tengteng, layang-layang, kurik kundi, gasing, nyorok2, kawen2.. macam2 lagi laa !

 8) Bangun awal - aisyh, kalau nak bangun lambat renti-renti kan ler, buat malu jiran sebelah jee. biasa nyer orang kampung akan bangun subuh-subuh pagi coz bilik air kat luar, so nak avoid dari malu orang tengok bangun la awal-awal yee. airnya pulak sejukkk menusuk ke tulang ! satu disiplin untuk kita bila berada di kg =D

9) jiran jaga kambing, ayam - well, biasa la kalau nak ke pekan ke, berjalan jauh ke mesti cmni "senah oii, awak tengokkan ler kambing, ayam teman ni ye, kalau ditinggey (ditinggal) boleh mati "
senah pun jawap dengan otai "ye la kiah oi, jangan la awak riso nnt teman tengokkan ler, jangan lupe kim salam kat sipolan-sipolan tu yee"

10) Persaudaraan yang kukuh - biasa la kalau remaja sebaya aku ni jarang ada kat kg, kalau jumpa kat kedai runcit mesti ada yang menanye "ehh, ni anak siti ye, uish dah beso panjang boleh la kawen, mak ada kat umah ?? lama tak nampak mak kamu,kim salam kat mak yee"
biasanya ni la yang makcik2 kat kg bila jumpa anak2 kawan diorang ~ hmm, aku pun senyum jela & angguk tanda setuju kat makcik tu (^_^)


ni la bingkisan dari budak kampung, im proud to be it ! walaupun aku jauh di bandar, kampung masih kekal di hati ~ pada u alls yang tak pernah ke kg, luangkan masa di sana, anda akan rasa perbezaannya, wahh kelas kao maria !

No comments: